Assalamualaikum guys...
okay harini tyrah nak story tentang kisah tyrah dan alam universiti.... mesti korang terfikir kann... apa la yang tyrah nak story dengan korang harini... alkisahnya bermula...
selepas keluar result percubaan SPM... tyrah terima pelbagai surat tawaran dari universiti... ( tak tau berapa universiti dahh... malas nak kira... huhu ).. tyrah buat tak endah jer dengan semua surat tu... bila surat sampai... bukak, baca and simpan terus dalam file... situasi nii berlaku sampai la selepas dapat result SPM yang sebenar... dalam masa yang sama tyrah ada juga mohon UPU...
ouhh yer.. ada story menarik tentang keputusan UPU selepas SPM nii... tyrah isi semua 12 pilihan universiti yang ada... dan satu kos nii yang tyrah memang tak minat dan takde pilihan.. terpaksa isi yang tu jugak untuk penuhkan 12 pilihan tersebut... nak tauu kos apa... kos KULINARI... nak dijadikan cerita... bila result UPU keluar... tyrah dapat kos tu di UITM.... ( ohhh NO !!! why kos tu??? tyrah isi kos tu paling last kot )... masa tu tyrah da buat keputusan untuk amik STAM...
... dan tyrah pun teruskan perjalanan dalam dunia STAM.. alhamdulillah walaupun ramai cakap STAM ni susah tapi tyrah cuba kuatkan hati dan minda untuk teruskan sampai ke exam sebenar... walaupun masa tu tyrah hampir putus asa... tapi semangat yang diberi oleh keluarga dan guru2... tyrah berjaya teruskan... cuma keputusan tak begitu membanggakan... tapi tyrah tetap bersyukur....
okayy... sekali lagi tyrah mohon UPU guna result SPM... dan sekali lagi result UPU tak macam yang tyrah jangkakan... kalini dapat kos PENGURUSAN PERPUSTAKAAN di UITM juga... one more time tyrah tolak.... btw sebelum mohon UPU tu tyrah juga ada mohon UNISHAMS kos SYARIAH... alhamdulillah dapat.. tapi kerana kos yang tinggi tyrah tukar fikiran untuk mohon universiti lain pulak..
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH ( USAS ) adalah pilihan yang tyrah rasa terbaik setakat nii... alhamdulillah semua proses untuk mendaftarkan diri ke sini dipermudahkan.... Akhir kalam, disinilah tyrah sekarang... sedang melanjutkan pengajian dalam kos IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM... doakan tyrah berjaya dunia akhirat yer guyss.. Doakan tyrah bole bawak balik segulung ijazah okiess.... bye guyss....💘.... jumpa next topic pulakk yerr...